Pages

sina,seena,c-na,nana ! sye t0o !

My photo
seena samsudin.. kwn2 dew pnggil sina, c-na,seena.. pape pn leyh... bunyi sama jew.. keke.. bru jew msuk 21thn.. still mde k0t... n0w baru jew abes stdy kat P0LITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU`ADZAM SHAH ,JITRA KEDAH DARUL AMAN... amek c0s Dip in Acc0untancy.....S0 skunk sedg bekerja di KiLang Besi.. n thanks t0 myf0lowers..n spew2 yg baca BLOG sye ne.. thanks.. ;)

Friday, March 18, 2011

YUNA BERJAYA LANCAR ALBUM DI AS !


YUNALIS ! U D BEST !


Foto



  • Nama sebenar: Yunalis Zarai 

  • Nama komersial: Yuna 

  • Usia: 24 tahun 

  • Tarikh lahir: 14 November 1986 

  • Asal: Alor Setar, Kedah 

  • Kejayaan:

    - Anugerah Shout! 2010 (Popstar Award, Break Out Award (Artis Baru), Ultimate Shout! Award) 
    - Anugerah Industri Muzik ke-17 (Artis Baru Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Deeper Conversation), Lagu Pop Terbaik (Dan Sebenarnya) dan Lagu Terbaik (Dan Sebenarnya)
    - Anugerah Juara Lagu 24 (Naib juara menerusi lagu Dan Sebenarnya)
    - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (Artis Baru Wanita Popular). 





  • SEMPURNA sudah pelancaran album EP penyanyi  Yunalis Zarai atau Yuna,
     berjudul Decorate, pada 15 Mac lalu di Austin, Texas, Amerika Syarikat (AS). Malah lebih membanggakan, seperti yang diceritakan sendiri oleh Yuna kepada Hip, album memuatkan lima lagu itu juga boleh dimuat turun menerusi iTunes. Suatu pencapaian yang cukup dihargainya.

    Bersandarkan bakat yang dimiliki, kini bukan lagi mimpi buat anak Malaysia sepertinya untuk melebarkan pengaruh di pentas antarabangsa, selepas berjaya menawan kelompok peminat muzik di tanah air sendiri.





    Peluang berharga menyertai naungan syarikat Fader Label yang beroperasi di New York dilihat sebagai pembuka jalan untuk calon kategori Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 ini merealisasikan impian yang semakin jelas terbentang di depan mata.

    Menurut laman web label berkenaan, selepas Decorate, album penuh penyanyi ini akan menyusul kemudian.





    “Saya amat bersyukur dengan kesempatan indah ini. Sekalipun saya perlu bermula dari bawah, ia bukan satu alasan untuk saya mengeluh. Sebaliknya ia menjadi pengalaman terbaik, sekali gus memastikan misi untuk berkongsi muzik saya terus berjalan,” ungkapnya yang dihubungi menerusi e-mel baru-baru ini. 
    Jika tiada aral melintang, Yuna akan terbang ke Kuala Lumpur pada penghujung bulan ini demi komitmennya terhadap malam kemuncak ABPBH 2010 di Arena Of Stars, Genting Highlands, 3 April nanti. 

    Selain berdebar menantikan keputusan kategori yang turut mencalonkan namanya, Yuna juga antara artis popular yang bakal mengadakan persembahan pada malam gemilang itu.


    Foto


    Tahun lalu, Yuna membuktikan dirinya mula diterima peminat apabila dinobatkan sebagai Artis Baru Wanita Popular. Tahun ini, penyanyi lagu Dan Sebenarnya ini melihat fasa popularitinya meningkat setapak lagi dengan pencalonan dalam kategori Penyanyi Wanita Popular, bersaing dengan Alyah, Stacy, Adira dan Ana Raffali.

    “Saya dimaklumkan, 1 April ini saya akan terus memulakan latihan, diikuti persembahan raptai di Genting Highlands. Ia bakal menjadi persembahan sulung saya untuk ABPBH. Saya juga berdebar untuk menunggu keputusan siapa yang bakal memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular.



    “Saya yakin perasaan gementar itu turut dirasai semua finalis. Menang sudah tentu menjadi bonus terbaik buat kami. Tapi yang paling jelas di sini, ABPBH terus menjadi penanda aras dunia hiburan tanah air. ABPBH antara sebuah acara yang ditunggu-tunggu ramai peminat dunia seni,” katanya yang dijangka kembali semula ke Los Angeles sekitar Mei.

    Ditanya dia melihat reaksi dan maklum balas orang luar terhadap muziknya, Yuna menjelaskan, perjalanan seninya di luar negara bagaikan direstui, apatah lagi dengan sokongan diberikan pihak syarikat Fader Label kepadanya yang tidak berbelah bagi.



    “Alhamdulillah setakat ini, maklum balas yang diterima amat bagus daripada pihak dan individu yang berpengaruh dalam liga muzik di sini. Rata-ratanya mereka menyukai muzik saya. Itu sudah cukup bagus untuk permulaan langkah saya di AS.

    “Paling mengharukan, mereka tidak menjadikan imej saya sebagai satu isu besar. Saya bertuah sebab mendapat sokongan sepenuhnya daripada Fader Label. Syarikat ini dianggap sebagai entiti yang amat menghargai muzik. Apabila dapat tawaran menjadi artis di bawah naungan mereka, gembira saya tiada kepalang,” katanya sambil menyifatkan Fader Label sebagai syarikat yang sangat cool.


    YUNA <3 QI


    BIARPUN terpisah jauh daripada keluarga, teman tersayang dan peminat di Malaysia, Yuna tidak sesekali menjadikannya sebagai penghalang. Lihat saja melalui laman sosial Twitter dan Facebook, penyanyi Cinta Sempurna ini begitu aktif berkongsi perkembangan diri bersama mereka. 


    Malah, Yuna juga tidak segan meluahkan isi hati terhadap jejaka yang kini bertakhta di hatinya, Qi. Sejak berkawan dengan pengacara Jalan Jalan Cari Makan yang turut bergelar pelakon itu, darjah keterbukaan Yuna terhadap soal peribadi juga kian ketara.


    Contohnya pada 15 Mac lalu, Yuna menulis sebuah kenyataan berbunyi "I Miss Qi ". Kata Yuna, Qi yang kini berada di Buenos Aires, Argentina, untuk merakamkan rancangan Disney, Art Attack, sangat menyokong kerjaya seninya.

    “Qi seorang yang sangat positif dan dia sentiasa membakar semangat saya untuk melakukan yang lebih baik. Kerjaya memang antara agenda penting buat saya pada masa sekarang dan mujur dia seorang yang cukup memahami, sekalipun kami berjauhan. Yang penting kami gembira.



    “Saya pun sudah biasa dengan hubungan jarak jauh. Tak kiralah dengan keluarga, kawan mahupun Qi. Sejak zaman sekolah lagi, saya sering ke luar negara. Contohnya, ke Itali untuk program pertukaran pelajar selama beberapa bulan.

    sumber dari : BERITA HARIAN 18 MARCH 2011

    Tahniah yuna,c0z dapat buat album kat AS..
    bukan senang babe.. tabik sama YUNALIS !
    sye serta peminat2 yuna yg lain..
    d0akan sm0ga yuna SUKSES ! hehe

    YUNALIS & QI...
    Sm0ga anda berbahagia.. :)
    u all match ! hehe

    No comments: